Tuesday, 10 March 2015

SUMBANGAN WAKAF KARPET SURAU AL-HIDAYAH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Surau al-Hidayah SMKA Sheikh Hj. Mohd Said telah bersetuju untuk menukar karpet surau dengan karpet yang baru bagi kemudahan para pelajar dan guru untuk mengerjakan ibadah solat berjemaah, mendirikan solat Jumaat serta menjalankan pelbagai aktiviti kerohanian dan keagamaan.

Untuk makluman, karpet sedia ada sekarang telah lama digunakan sejak tahun 2003 dan telah mengalami kerosakan, keras dan berbau yang tidak memberi keselesaan kepada para jamaah khususnya pelajar-pelajar.

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Surau al-Hidayah berbesar hati sekiranya pihak ibu bapa / penjaga pelajar / guru-guru / kakitangan dapat mewakafkan karpet dengan nilai [1 kaki persegix RM7.00] bagi tujuan tersebut. Nilai kos keseluruhan ialah (4,231 kaki persegi x RM7.00= RM29,617.00).

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan setiausaha Surau al-Hidayah, En. Mohd Khairul Hidayat bin Berahim ( 013-2007425 ). Bersama ini disertakan borang sumbangan wakaf dan no.akaun surau al - Hidayah: ( Bank Muamalat: 05010003356716).

Segala sumbangan, kerjasama dan jasa baik yang pihak tuan berikan semoga mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah S.W.T. dan kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment