Sunday 22 March 2015

UNDANGAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PERMATA SHAMS 2014




Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SMKA SHAMS 700-13/1                                 Jld. 5 (44)
Tarikh              : 11 Mac 2015

Kepada :

……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

……………………………………………………………………….

………………………………………………………………………..


Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

UNDANGAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG  PERMATA SHAMS 2014.

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan / saudara / saudari adalah salah seorang penerima Anugerah Cemerlang PERMATA SHAMS 2014 bagi kategori:-

·         Anugerah Permata Yaqut

·         Anugerah Permata Delima

·         Anugerah Permata Berlian

·       Anugerah Al-Tolibu Al-Mithali



3.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput tuan / puan / saudara / saudari  hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
·         Tarikh / Hari    : 28 MAC 2015 ( Sabtu ).
·         Pendaftaran    : 8.00 pagi.
·         Tempat            : Dewan Ibnu Abbas SMKA SHAMS.


4.         Penerima anugerah hendaklah berpakaian :
·         Lelaki               : Berbaju kemeja lengan panjang, bertali leher, berkasut hitam serta                               berambut pendek dan kemas.
·         Perempuan     : Baju kurung, berjubah, bertudung dan berkasut.

5.         Penerima anugerah juga perlu membayar RM15.00 bagi sewaan jubah semasa pendaftaran.


6.         Bersama-sama ini disertakan borang jawapan yang perlu dikembalikan kepada pihak sekolah sebelum atau pada hari Jumaat - 20 Mac 2015. Makluman kehadiran dan sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi  pihak sekolah melalui telefon atau faks sekolah atau guru-guru yang menguruskan iaitu:-
·         Puan Darnawati Binti Omar                            ( 012-3781067 ).
·         Puan Samsiah Binti Mat Yusof                       ( 019-2690886 ).
·         Puan Noor Marsila Salwa Binti Selamat        ( 017-2773961 ).
·         Puan Husna Binti Mansor                               ( 019-6400157 ).

Kerjasama anda amat kami hargai. Sekian, terima kasih.



“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

………………………………………………...
( PUAN HJH LAILAWATI BINTI AHMAD )
Pengetua Cemerlang,
SMKA Sheikh Haji Mohd. Said, Seremban.





SURAT JAWAPAN KEHADIRAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PERMATA SHAMS 2014


………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

…………………………………………………………….............

………………………………………………………………………                   Tarikh  :

_________________________________________________________________________


Kepada:
Pengetua Cemerlang,
SMKA Sheikh Haji Mohd. Said,
Jalan Tunku Kurshiah,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan,

JAWAPAN KEHADIRAN KE MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PERMATA SHAMS 2014.

Saya ……………………………………………… * akan hadir / tidak hadir ke Majlis Anugerah PERMATA SHAMS 2014 yang akan diadakan pada 28 Mac 2015 ( Sabtu ).

2.         Saya mewakilkan * ibu / bapa / penjaga / saudara yang bernama ……………………………… untuk menerima hadiah Anugerah Cemerlang Permata SHAMS 2014 bagi pihak saya.

3.         Bilangan ahli keluarga saya yang akan hadir ialah seramai …………… orang.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………….
(                                             )



Catatan:  *Potong yang tidak berkenaan

No comments:

Post a Comment