Thursday, 2 July 2015

HARI TEMU MESRA 2015

Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Tingkatan 1, 2 dan 4
SMKA Sheikh Haji Mohd Said,
70400 Seremban.

Tuan / Puan,

HARI TEMU MESRA 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.     Dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Hari Temu Mesra di antara Ibu bapa/Penjaga, Guru dan Pelajar pada ketetapan berikut:

        Tarikh:    14 Julai 2015 (Selasa)
        Masa:      10 pagi
        Tempat:   Bilik Darjah

3.     Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi membincangkan prestasi akademik, sahsiah dan kokurilum ana-anak/jagaan tuan/puan.

4.    Ibu bapa / Penajag boleh mendapat keputusan peperiksaan tersebut melalui laman web sapsnkra.moe.gov.my. Sila bawa bersama keputusan tersebut semasa berjumpa dengan guru.

5.    Kehadiran tuan/puan sangat dihargai bagi menandakan keperihatinan tuan/puan terhadap kemajuan pelajaran anak-anaj/jagaan tuan/puan di sekolah ini, Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, 30 June 2015

CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah meluluskan permohonan cuti bagi SMKA SHAMS mengikut ketetapan berikut:

  • 15 Julai 2015 (Rabu)  - Cuti Hari Raya  Aidilfitri
  • 16 Julai 2015 (Khamis)  - Cuti Peristiwa sempena Hari Raya  Aidilfitri
  • 20 hingga 22 Julai 2015 - Cuti Hari Raya  Aidilfitri

Program Tadarus Sempena Bulan Ramadhan













Sunday, 14 June 2015

RAMADHAN MADRASAH TARBIYAH 2015


Pelancaran Program RAHMAT' 15


Tarikh: 28 Syaaban 1436H / 15 Jun 2015
Masa: 7.30-9.00 pagi
Tempat: Dewan Ibnu Abbas, SMKA SHAMS
Tema: Ramadhan Medan Tarbiyah, Mendambakan Sinaran Barakah

Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan

Ceramah
Bacaan Yasin dan Tahlil
Iftar Jama'ie
Tilawah Al quran
Solat Zohor Berjemaah
Tadarus Al-Quran
Pertandingan

"Rugilah orang yang didatangi Ramadhan,
 kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampuni"
(Hadith Riwayat Ahmad)

Thursday, 16 April 2015

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERINGKAT KEBANGSAAN

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERINGKAT KEBANGSAANANJURAN : KLUSTER CATUR SMKA SHAMS


TARIKH : 
9 MEI 2015 (SABTU)


MASA: 
8.00 - 3.00 PETANG


YURAN PENYERTAAN :
 RM 15 (MURID SEKOLAH);   RM 20 (DEWASA)


BILANGAN PUSINGAN : 
6 PUSINGAN DENGAN 20 MINIT KAWALAN MASA SETIAP PEMAIN


JADUAL PERTANDINGAN :
8.00 - 8.40 PAGI
PENDAFTARAN/TAKLIMAT

9.00 PAGI
PUSINGAN PERTAMA

10.00 PAGI
PUSINGAN KEDUA

11.00 PAGI
PUSINGAN KETIGA

12.00 TENGAH HARI
PUSINGAN KEEMPAT

1.00 PETANG
PUSINGAN KELIMA

2.00 PETANG
PUSINGAN KEENAM

3.00 PETANG
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH


HADIAH YANG DISEDIAKAN :
JOHAN
RM 100.00

KEDUA
RM 80.00

KETIGA
RM 70.00

KEEMPAT
RM 60.00

KELIMA
RM 50.00

KEENAM
RM 40.00

KETUJUH
RM 30.00

KELAPAN
RM 20.00

TERBAIK BAWAH 12 TAHUN
RM 20.00

TERBAIK BAWAH 15 TAHUN
RM 20.00

TERBAIK WANITA
RM 20.00


TARIKH TUTUP : 5 MEI 2015

*sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Mohd Yaakub  019-2530274
Saodah Shariff  012-2817394


Wednesday, 8 April 2015