Friday 20 August 2021



Majlis Anugerah Kecemerlangan Permata SHAMS 
SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban 
Sesi 2020

22 Ogos 2021 (Ahad)

Medium Youtube Live : https://youtu.be/oXf68vfpZ78

Disempurnakan oleh :
TUAN HAJI HASSAN BIN A. HAMID 
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Link Kehadiran : http://shorturl.at/gqHVY


Semoga kehadiran Tuan / Puan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Kempen dan Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Eloktronik (E-Waste)


 

Wednesday 26 May 2021

Majlis Sambutan Hari Guru, Majlis Persaraan & Majlis Sambutan Hari Raya SMKA SHAMS


Assalammualaikum wbt... 🌹🌹


Anda dijemput untuk bersama-sama menyaksikan


 *Majlis Sambutan Hari Guru, Majlis Persaraan & Majlis Sambutan Hari Raya SMKA SHAMS* 🎊🎉


💌 Tarikh : 27 Mei 2021

💌 Hari : Khamis

💌 Masa : 8.30 pagi


🌸 Sila klik pada pautan YOUTUBE ini : 🌸

https://youtu.be/7UylyAzwqi4




_SYUKRAN JAZILAN_

Tuesday 11 May 2021

Channel rasmi SMKA SHAMS

Assalamualaikum

Mohon semua warga SHAMS ,termasuk ibu bapa

Like, share, subscribe channel rasmi SMKA SHAMS ye.

https://www.youtube.com/channel/UCuqDK0datWYLZQ9Qlpne59g


Terima kasih atas kerjasama.😊💐👏

Sunday 4 April 2021

UCAPAN ALU ALUAN PENGETUA



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركته

Tagline JPNS

ABC : Anak Baik Lagi Cerdik

ABC : Ambil Peduli, Bina hubungan, Cipta kejayaan

Tagline PPDS

4I : ikhlas, ihsan, itqan, istiqamah

Tagline SHAMS

Sederap Bersama - Anak Yang Baik Mendengar Kata


Yang dihormati 

Pn Samsiah binti Mat Yusof PKP

Ustaz Mohd Rafee bin Ghalil Abbas PK HEM

Pn Rosiah binti Othman PK KOKO

En Azimi bin Othman PK TING 6

Barisan GKMP

Para guru SMKA SHAMS

Serta anak-anak pelajar yang dikasihi sekelian.


Anak-anak warga SHAMS yang dihormati dan dikasihi sekelian


Selamat Datang Ke Sekolah Untuk Tahun Persekolahan 2021

Bersempenan PPS Norma Baharu


Untuk tahun ini, setelah 3 bulan menjalani PdPr di rumah, hari ini anak-anak hadir ke sekolah untuk PdPc secara bersemuka


TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN

KITA KEMBALI KEPADA FITRAH MEMPELAJARI ILMU


 Anak-anak yang dikasihi


 1. Terima kasih kerana kamu telah mengisytiharkan status kesihatan kamu sebelum hadir ke sekolah.

 2. Memastikan tahap kesihatan selamat dan sihat adalah perkara utama sebelum pembelajaran dimulakan. Ini adalah perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh sekolah melalui GP PPS Norma Baharu 2.0

 3. Pengendalian dan pengurusan sekolah adalah hampir sama dengan yang pernah kamu lalui pada tahun 2020 yang lalu.

 ◦ Walaubagaimanapun, terdapat 3 perkara utama yang perlu diambil perhatian utama / maklum oleh pihak sekolah :                                      

1. Wajib memakai pelitup separuh muka. Ini sangat perlu diamal oleh warga sekolah. Kamu datang drp pelbagai komuniti. Oleh itu, jika ada ahli kamu keluarga kamu dalam tempoh kuarantin dan disahkan positif, kita tidak benarkan.   

2. Persiapan sekolah sekiranya ada berlaku kes covid di sekolah. Oleh itu, setiap warga mematuhi SOP terutama penjarakan fizikal. Semalam telah di maklumi oleh mutid asrama SHAMS 

3. Penyuraian / waktu kamu bersurai drp pdpc dan balik ke rumah masing2. Sekolah memilih model 1 dan 4 di mana 2 mode dilaksanakan iaitu :                          

 Pengiliran : murid tingkatan 1 & 2 balik jam 2.00 petang dan kamu solat dikediaman masing2. Sekiranya ibubapa kamu lambat ambil, boleh solat di surau. Murid tingkatan 3 akan keluar lewat 1/2 jam selepas solat zohor. Manakala bagi tingkatan 4 & 5 waktu balik kamu jam 4.30 petang.   

Penyediaan Tempat Menunggu. Disediakan di sebelah DIA bagi muslimin dan tepi makmal fizik bagi muslimat. Tidak dibenarkan duduk di pondok catur. Kamu terus mendapatkan kenderaan ibubapa apabila mereka sampai. Kamu akan sentiasa dikawal oleh guru yang bertugas setiap hari. Jangan sekali-kali berhimpun dan jaga penjarakan fizikal. 

 4. Anak-anak yang dikasihi sekelian.  Sehubungan dengan pembukaan sekolah secara bersemuka ini, suka saya memperkatakan mengenai akhlak dan sahsiah yang sentiasa dibudayakan dalam diri kamu. Bila ditanya oleh sahabat mengenai akhlak rasullullah, saiditina aisyah menjawab, akhlaknya adalah Al Quran. Oleh itu, anak-anak berakhlaklah dengan akhlak islam yang terpuji, agar kamu selamat dunia dan akhirat. Menyusuli memgenai NILAI yang mesti dimiliki oleh warga SHAMS, ustazah ingatkan mengenai LIMA NILAI UTAMA SHAMS ialtu : SEPAKAT, HORMAT MENGHORMATI, AKAUNTIBILITI, MENEPATI MASA DAN SEJAHTERA. Setiap perkataan itu mempunyai penghuraiannya dan sekiranya kamu mengamalkannya, insyaAllah kamu akan menjadi insan terbaik, berakhlak dan berdisiplin dengan falsafah pendidikan dan sekolah. 

 5. Anak- anak SHAMS Yang Mendengar Kata -   

 Tumpuan Akademik :               

1. FOKUS dengan pembelajaran dan pengajaran guru dalam kelas.                                          

 2. Sentiasa pastikan kamu dapat apa yang diajar oleh guru                                             

3. Sentiasa ulangkaji pelajaran dengan buat latihan dan kerja rumah yang dibekalkan oleh guru              4. Sibukkan dengan dengan belajar dan tambah ilmu.        

5. Letakkan target bagi setiap kali peperiksaan          

6. Amalkan sikap terpuji ketika belajar - tanya guru, kongsi ilmu, rajin dan baiki diri.

Sebelum penutup bicara ustazah terus ingatkan kamu mengenai SOP NORMA BARU PPS - wajib pakai mask - jaga jarak fizikal - guna pensanitasi tangan - pastikan sihat dan selamat - baca doa jauhi musibah - kita jaga kita

 Sekian wabillahutaufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullah. 




 ◦

Wednesday 20 January 2021

Sesi Kunjung Bantu dan Pemantauan Pembukaan Sekolah Tahun 2021



Sesi Kunjung Bantu dan Pemantauan Sekolah dari KPM dan JPNS
1.  Datin Seri Hjh Nor Zamani Binti Abdol Hamid, 
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Dasar& Kurikulum) KPM.
2.  Dr. Maridah Binti Alias-
Timbalan Pengarah Pembelajaran, JPNS
3.  Datin Noormalia binti Samsul Bahrin-
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor pembelajaran, JPNS


Kunjungan dari Polis Angkat, 
DSP Amri Syahril bin Yusuff