Tuesday 11 November 2014

Perutusan Pengetua

Perutusan Pengetua
PN. HJH. LAILAWATI BINTI AHMAD
Pengetua Cemerlang
Assalammualaikum w.b.t
Seawalnya marilah kita bersama - sama bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan kita untuk tahun 2014 ini.
Selamat kembali semula bertugas setelah kita bercuti panjang, semoga kedatangan tahun 2014 ini akan menyemarakkan lagi semangat dan usaha kita selaras dengan visi sekolah tercinta ini menjadikan SHAMS Institusi Pendidikan Islam yang terunggul di Malaysia.
Pelbagai cabaran dalam mencapai kejayaan telah kita lalui pada tahun 2013 dan berkat usaha bersama kejayaan yang dicapai terasa manisnya maka diharapkan pada tahun 2014 ini warga SHAMS akan terus tabah dan tidak mudah putus asa dengan cabaran serta rintangan yang bakal mendatang kerana saya percaya team - work yang telah ada di sini kuat dan kukuh.
Warga pendidik pada hari ini sangat besar tanggungjawabnya, tambahan pula input yang kita ada sangat berharga dan bernilai, pada tangan kitalah, kita akan corakkan masa depan anak-anak didik kita agar terus cemerlang kerana harapan ibu bapa dan masyarakat sangat tinggi. Kita seharusnya menghasilkan output yang berjaya dan cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiahnya selaras dengan misi kita, memberikan pendidikan berkualiti untuk menjana pelajar cemerlang di dunia dan sejahtera di akhirat berdasarkan aspirasi agama dan negara.
Akhirnya, saya berharap dengan segala kemudahan prasarana yang cukup dan kondusif di sekolah ini, kita akan terus cemerlang mengajar dan mendidik anak bangsa untuk kemahuan sekolah dan negara tercinta.

JIKA ANDA MAHU MEMBUAT SESUATU ANDA AKAN MENCARI JALANNYA, JIKA ANDA TIDAK MAHU MEMBUAT SESUATU ANDA AKAN MENCARI ALASAN "

No comments:

Post a Comment